Wednesday 26 September 2012

SKRIP LAKONAN - VIDEO PENDIDIKAN "RUMAH SAYA"


Johan                         : Hai Nina.
Nina                           :  Hai Johan.
Johan                         : Nina, awak nampak cantik hari ini.
Nina                           : Yeke? Terima Kasih.
Johan                         : Nina, awak tinggal di mana?
Nina                           : Saya tinggal di Kuala Lumpur, awak pula Johan?
Johan                         : Saya tinggal di Kampung Seberang Ramai. Awak pernah pergi tak?
Nina                           :  Pernah. Kampung Seberang Ramai itu kampung datuk saya.
                                   Johan, rumah awak cantik tak? Saya teringin la nak pergi.
Johan                         : Mesti la cantik. Rumah saya rumah tradisional, ada tiang, ada
                          tangga kayu dan serambi rumah yang sangat luas. Macam
                          mana pula dengan rumah awak, Nina?
Nina                           :  Rumah saya sangat besar. Ada pagar, ada anjung kereta, bilik
                                    pun banyak. Nanti awak datang la. Johan, Johan, jom kita
                                    nyanyi lagu nak tak? Kita ajak la kawan-kawan yang lain
                                    nyanyi bersama-sama.
Johan                         :  Kawan-kawan, nak nyanyi dengan kami tak?
Nina                           :  Jom, kita nyanyi bersama-sama.
Johan & Nina           :  Jom…….

Rumah Tradisional Melayu dan Rumah Moden

Rumah Tradisional Melayu Dan Rumah Moden

Klip Video Pendidikan -Rumah Saya-

RPH Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Mata Pelajaran                    : Kajian Tempatan
Kelas                                     : 4 Anggerik
Bil. Murid                              : 25 orang
Masa                                      : 8.15 – 9.15 pagi ( 60 minit )
Tarikh                                    : 8 Ogos 2012
Tema                                     : 1. Rumah Sebagai Keperluan Asas Manusia
Tajuk                                                 : 1.3 Jenis Rumah
Sub Tajuk                             : a. Rumah di Malaysia
                                                            i. Rumah Tradisional
                                                            ii. Rumah Moden
Hasil Pembelajaran                        :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:
1)               Menyatakan sekurang-kurangnya tiga jenis reka bentuk rumah di Malaysia selepas
           mendengar penerangan daripada guru.

2)               Menamakan sekurang-kurangnya tiga contoh rumah tradisional dan rumah moden di
           Malaysia selepas mendengar penerangan daripada 
guru.

3)              Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga perbezaan antara rumah tradisional dan rumah
          moden berdasarkan ciri-ciri rumah tersebut 
selepas mendengar penerangan daripada
          guru.

Ringkasan Isi Kandungan           :
1)      Jenis-jenis reka bentuk rumah yang terdapat di Malaysia - rumah Melayu Melaka, rumah
         limas, rumah bumbung panjang, dan rumah bagan.
2)     Contoh rumah tradisional dan rumah moden di Malaysia- rumah panjang, rumah kampung,
         rumah Minangkabau, rumah banglo, rumah teres, rumah pangsa, dan kondominium.
3)      Perbezaan antara rumah tradisional dan rumah moden berdasarkan ciri-ciri rumah
         tersebut. 


Penerapan Nilai Murni /    : Bersyukur dan menghargai rumah.
Nilai Alam Sekitar
Unsur Patriotisme              : Berbangga dengan adanya pelbagai jenis rumah yang                                             
                                                   terdapat di negara kita.
Pengetahuan Sedia Ada  : Murid telah mengetahui jenis rumah yang ada di                                                      
                                                  kampung mereka.
 
Bahan Sumber P&P                      :
Bil.
Bahan Sumber P&P
Kuantiti
1
Kertas Lukisan
25 helai
2
Pensel Warna
25 kotak
3
Borang Pengurusan Grafik
5 helai
4
Komputer Riba
1 unit
5
LCD
1 unit
6
Model rumah tradisional dan rumah moden
1 unit
7
Video lagu “Rumah Saya”
1 unit
8
Lirik lagu “Rumah Saya”
25 helai

Elemen Pengurusan, Pembelajaran Bestari, dan Kemahiran Generik:
KBF - Menjana idea, dan membanding beza.
KBCB - Kemahiran sosial, kemahiran mendengar, dan kemahiran mencatat nota.
TKP - Visual-ruang, interpersonal, muzik, kinestetik, dan intrapersonal.
TMK - Persembahan powerpoint rumah-rumah di Malaysia dan video lagu “Rumah Saya”.


Prosedur Pelaksanaan
Elemen Pengurusan, Pembelajaran Bestari, dan Kemahiran Generik
Catatan
(Penerapan nilai murni/nilai alam sekitar, unsur patriotisme, BSPP)
Set Induksi (5 minit)

1. Guru menunjukkan model rumah tradisional dan rumah moden kepada murid-murid.

4. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai model rumah  tersebut.

5. Guru mengaitkan set induksi dengan isi pelajaran pada hari ini.



KBF - Menjana idea.

KBCB - Kemahiran sosial.




Nilai murni: Menghargai rumah.

Unsur patriotisme: Berbangga dengan adanya pelbagai jenis rumah yang terdapat di negara kita.

BSPP: Model rumah tradisional dan rumah moden.
Langkah 1 (15 minit)

1. Guru menerangkan kepada murid mengenai jenis-jenis rumah yang terdapat di Malaysia.

2. Guru menerangkan ciri-ciri rumah tradisional dan rumah moden.

3. Murid-murid menyatakan setiap rumah tradisional dan rumah moden yang terdapat di Malaysia.




TMK - Persembahan powerpoint rumah-rumah di Malaysia.

KBCB - Kemahiran mendengar dan kemahiran mencatat nota.



Nilai murni: Bersyukur.

Unsur patriotisme: Berbangga dengan adanya pelbagai jenis rumah yang terdapat di negara kita.

BSPP: Komputer riba dan LCD.
Langkah 2 (20 minit)

1. Guru mengedarkan kertas lukisan kepada murid-murid.

2. Setiap murid perlulah melukis satu gambar rumah tradisional atau rumah moden dan warnakannya.

3. Guru membimbing murid-murid semasa melakukan aktiviti ini.

4. Hasil kerja murid-murid dipamerkan di hadapan kelas dan murid-murid dipilih secara rawak untuk menerangkan hasil kerja mereka itu.



KBF - Menjana idea.

TKP - Visual-ruang dan intrapersonal.



Nilai murni: Bersyukur.

Unsur patriotisme: Berbangga dengan adanya pelbagai jenis rumah yang terdapat di negara kita.

BSPP: Kertas lukisan dan pensel warna.
Langkah 3 (15 minit)

1. Murid-murid dikehendaki membentuk lima kumpulan dan dalam setiap kumpulan terdiri daripada lima orang ahli.

2. Guru mengedarkan borang pengurusan grafik kepada setiap kumpulan.

3. Dalam kumpulan, murid-murid perlulah melengkapkan borang itu berdasarkan kefahaman mereka mengenai perbezaan antara rumah tradisional dan rumah moden.

4. Guru memberikan komen dan ulasan.



KBF - Membanding beza.

TKP - Interpersonal.



Nilai murni: Bersyukur.

Unsur patriotisme: Berbangga dengan adanya pelbagai jenis rumah yang terdapat di negara kita.

BSPP: Borang pengurusan grafik.
Penutup (5 minit)

1. Guru merumuskan isi pelajaran pada hari ini.

2. Guru mengedarkan lirik lagu “Rumah Saya” kepada murid-murid.

3. Murid-murid dan guru menyanyikan lagu “ Rumah Saya” dengan iringan muzik.



TKP - Muzik dan kinestetik.

TMK - Video lagu “Rumah Saya”.


Nilai murni: Bersyukur.

Unsur patriotisme: Berbangga dengan adanya pelbagai jenis rumah yang terdapat di negara kita.

BSPP: Lirik lagu “Rumah Saya” dan video lagu “Rumah Saya”.


LEMBARAN KERJA (BORANG PENGURUSAN GRAFIK)



LIRIK LAGU "RUMAH SAYA"


Rumah atuk Johan ada tangga
Trek tek tek
Atuk suka rehat, di serambi rumah
Trek tek tek

Atap daun nipah lantai berpapan
Bila malam rumah jadi sejuk
Trek tek tek

Bawah rumah atuk ada tiang
Trek tek tek
Kena hati-hati takut terhantuk
Trek tek tek

Bila sudah pagi
Nenek buka tingkap
Jenguk ayam itik
Hati rasa riang
Trek tek tek

Ini pula kisah rumah Nina
Trek tek tek
Ada dinding simen dan anjung kereta
Trek tek tek

Rumah bumbung genting lantai bermozek
Berpintu gelungsur senang keluar masuk
Trek tek tek

Rumah Nina ada banyak bilik
Trek tek tek
Milik sorang satu tak perlu berebut
Trek tek tek

Rumah ada pagar
Susah diceroboh
Oleh si pencuri
Hati rasa tenang
Trek tek tek




Reka Bentuk Model ASSURE


MODEL REKA BENTUK RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) MENGIKUT MODEL ASSURE
TAJUK
ASPEK YANG DILIHAT
Analyze learner
Mata Pelajaran         : Kajian Tempatan
Kelas                          : 4 Anggerik
Bil. Murid                   : 25 orang (L-15 orang dan P-10 orang)
Masa                          : 8.15 – 9.15 pagi (60 minit)
Tarikh                         : 8 Ogos 2012
Tema                          : 1. Rumah Sebagai Keperluan Asas Manusia
Tajuk                          : 1.3 Jenis Rumah
Sub Tajuk                  : a. Rumah di Malaysia
                                                i. Rumah Tradisional
                                                ii. Rumah Moden
Pengetahuan sedia ada:  Murid telah mengetahui jenis rumah yang ada di kampung mereka. 
Gaya pembelajaran   : Model Kecerdasan Pelbagai.

State objectives
Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:
1.    Menyatakan sekurang-kurangnya tiga jenis reka bentuk rumah di Malaysia selepas mendengar penerangan daripada guru.
2.    Menamakan sekurang-kurangnya tiga contoh rumah tradisional dan rumah moden di Malaysia selepas mendengar penerangan daripada guru.
3.    Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga perbezaan antara rumah tradisional dan rumah moden berdasarkan ciri-ciri rumah tersebut selepas mendengar penerangan daripada guru.

Select method, media and material
Kaedah: Perbincangan kumpulan.
Media:
·         Media audio-visual – Persembahan powerpoint rumah-                      rumah di Malaysia dan video lagu “Rumah Saya”.
·         Media cetak – Lirik lagu “Rumah Saya”.
·         Bahan maujud – Kertas lukisan dan pensel warna. 
·         Bahan 3D – Model rumah tradisional dan rumah moden.

Utilize media and material
Set induksi – Guru menunjukkan model rumah tradisional dan rumah moden kepada murid-murid.
Langkah 1 – Guru membuat penerangan kepada murid-murid menggunakan  persembahan powerpoint rumah-rumah di Malaysia.
Langkah 2 – Murid-murid dikehendaki melukis satu rumah tradisional atau rumah moden dan mewarnakannya.
Penutup – Murid dan guru bersama-sama menyanyi lagu “Rumah Saya”.
Pengalaman pembelajaran – Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki.

Require learner participation
Penglibatan murid – Perbincangan kumpulan, aktiviti melukis dan mewarna, serta bersoal jawab dengan guru.
Peneguhan positif – Memberikan pujian kepada murid apabila berjaya menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.

Evaluate and revise
Penilaian informal – Aktiviti kumpulan, pembentangan, dan soal jawab.
Penilaian pengajaran – Guru dapat menilai tahap keberkesanan P&P berdasarkan pembentangan dan soal jawab murid.