RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Mata
Pelajaran :
Kajian Tempatan
Kelas : 4
Anggerik
Bil.
Murid :
25 orang
Masa
:
8.15 – 9.15 pagi ( 60 minit )
Tarikh
: 8
Ogos 2012
Tema : 1. Rumah
Sebagai Keperluan Asas Manusia
Tajuk
:
1.3 Jenis Rumah
Sub Tajuk : a. Rumah di
Malaysia
i.
Rumah Tradisional
ii.
Rumah Moden
Hasil
Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,
murid-murid dapat:
1) Menyatakan
sekurang-kurangnya tiga jenis reka bentuk rumah di Malaysia selepas
mendengar
penerangan daripada guru.
2) Menamakan sekurang-kurangnya
tiga contoh rumah tradisional dan rumah moden di
Malaysia
selepas mendengar penerangan daripada guru.
3) Menyenaraikan
sekurang-kurangnya tiga perbezaan antara rumah tradisional dan rumah
moden
berdasarkan ciri-ciri rumah tersebut selepas mendengar penerangan
daripada
guru.
Ringkasan Isi Kandungan :
1) Jenis-jenis reka bentuk
rumah yang terdapat di Malaysia - rumah Melayu Melaka, rumah
limas,
rumah bumbung panjang, dan rumah bagan.
2) Contoh rumah tradisional dan
rumah moden di Malaysia- rumah panjang, rumah kampung,
rumah
Minangkabau, rumah banglo, rumah teres, rumah pangsa, dan
kondominium.
3) Perbezaan antara rumah
tradisional dan rumah moden berdasarkan ciri-ciri rumah
tersebut.
Penerapan Nilai Murni / : Bersyukur dan menghargai rumah.
Nilai Alam Sekitar
Unsur Patriotisme : Berbangga dengan adanya pelbagai
jenis rumah yang
terdapat di negara kita.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui jenis rumah yang ada
di
kampung mereka.
Bahan
Sumber P&P :
Bil.
|
Bahan Sumber P&P
|
Kuantiti
|
1
|
Kertas Lukisan
|
25
helai
|
2
|
Pensel Warna
|
25
kotak
|
3
|
Borang Pengurusan Grafik
|
5
helai
|
4
|
Komputer Riba
|
1
unit
|
5
|
LCD
|
1
unit
|
6
|
Model rumah tradisional dan
rumah moden
|
1
unit
|
7
|
Video lagu “Rumah Saya”
|
1
unit
|
8
|
Lirik lagu “Rumah Saya”
|
25
helai
|
Elemen
Pengurusan, Pembelajaran Bestari, dan Kemahiran Generik:
KBF - Menjana idea, dan membanding beza.
KBCB - Kemahiran sosial, kemahiran mendengar,
dan kemahiran mencatat nota.
TKP - Visual-ruang, interpersonal, muzik,
kinestetik, dan intrapersonal.
TMK - Persembahan powerpoint rumah-rumah di Malaysia dan video lagu “Rumah Saya”.
Prosedur Pelaksanaan
|
Elemen Pengurusan, Pembelajaran Bestari, dan
Kemahiran Generik
|
Catatan
(Penerapan nilai murni/nilai alam sekitar, unsur
patriotisme, BSPP)
|
Set Induksi (5 minit)
1. Guru menunjukkan model rumah tradisional dan
rumah moden kepada murid-murid.
4. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai model
rumah tersebut.
5. Guru mengaitkan set induksi dengan isi pelajaran
pada hari ini.
|
KBF - Menjana idea.
KBCB - Kemahiran sosial.
|
Nilai murni: Menghargai rumah.
Unsur patriotisme: Berbangga dengan adanya pelbagai
jenis rumah yang terdapat di negara kita.
BSPP: Model rumah tradisional dan rumah moden.
|
Langkah 1 (15 minit)
1. Guru menerangkan kepada murid mengenai jenis-jenis
rumah yang terdapat di Malaysia.
2. Guru menerangkan ciri-ciri rumah tradisional dan
rumah moden.
3. Murid-murid menyatakan setiap rumah tradisional
dan rumah moden yang terdapat di Malaysia.
|
TMK - Persembahan powerpoint rumah-rumah di Malaysia.
KBCB - Kemahiran mendengar dan kemahiran mencatat
nota.
|
Nilai murni: Bersyukur.
Unsur patriotisme: Berbangga dengan adanya pelbagai
jenis rumah yang terdapat di negara kita.
BSPP: Komputer riba dan LCD.
|
Langkah 2 (20 minit)
1. Guru mengedarkan kertas lukisan kepada
murid-murid.
2. Setiap murid perlulah melukis satu gambar rumah
tradisional atau rumah moden dan warnakannya.
3. Guru membimbing murid-murid semasa melakukan
aktiviti ini.
4. Hasil kerja murid-murid dipamerkan di hadapan
kelas dan murid-murid dipilih secara rawak untuk menerangkan hasil kerja
mereka itu.
|
KBF - Menjana idea.
TKP - Visual-ruang dan intrapersonal.
|
Nilai murni: Bersyukur.
Unsur patriotisme: Berbangga dengan adanya pelbagai
jenis rumah yang terdapat di negara kita.
BSPP: Kertas lukisan dan pensel warna.
|
Langkah 3 (15 minit)
1. Murid-murid dikehendaki membentuk lima kumpulan
dan dalam setiap kumpulan terdiri daripada lima orang ahli.
2. Guru mengedarkan borang pengurusan grafik kepada
setiap kumpulan.
3. Dalam kumpulan, murid-murid perlulah melengkapkan
borang itu berdasarkan kefahaman mereka mengenai perbezaan antara rumah
tradisional dan rumah moden.
4. Guru memberikan komen dan ulasan.
|
KBF - Membanding beza.
TKP - Interpersonal.
|
Nilai murni: Bersyukur.
Unsur patriotisme: Berbangga dengan adanya pelbagai
jenis rumah yang terdapat di negara kita.
BSPP: Borang pengurusan grafik.
|
Penutup (5 minit)
1. Guru merumuskan isi pelajaran pada hari ini.
2. Guru mengedarkan lirik lagu “Rumah Saya” kepada
murid-murid.
3. Murid-murid dan guru menyanyikan lagu “ Rumah
Saya” dengan iringan muzik.
|
TKP - Muzik dan kinestetik.
TMK - Video lagu “Rumah Saya”.
|
Nilai murni: Bersyukur.
Unsur patriotisme: Berbangga dengan adanya pelbagai
jenis rumah yang terdapat di negara kita.
BSPP: Lirik lagu “Rumah Saya” dan video lagu “Rumah
Saya”.
|
LEMBARAN KERJA (BORANG PENGURUSAN GRAFIK)
LIRIK LAGU "RUMAH SAYA"
Rumah atuk Johan ada
tangga
Trek tek tek
Atuk suka rehat, di
serambi rumah
Trek tek tek
Atap daun nipah lantai
berpapan
Bila malam rumah jadi
sejuk
Trek tek tek
Bawah rumah atuk ada
tiang
Trek tek tek
Kena hati-hati takut
terhantuk
Trek tek tek
Bila sudah pagi
Nenek buka tingkap
Jenguk ayam itik
Hati rasa riang
Trek tek tek
Ini pula kisah rumah
Nina
Trek tek tek
Ada dinding simen dan
anjung kereta
Trek tek tek
Rumah bumbung genting
lantai bermozek
Berpintu gelungsur senang
keluar masuk
Trek tek tek
Rumah Nina ada banyak
bilik
Trek tek tek
Milik sorang satu tak
perlu berebut
Trek tek tek
Rumah ada pagar
Susah diceroboh
Oleh si pencuri
Hati rasa tenang
Trek tek tek